JIKA anda peminat John Lennon yang merupakan pengasas kumpulan rock terkenal era 60-an, anda pasti mengenali isterinya, Yoko Ono.
Dikenali sebagai artis multimedia, penyanyi dan juga aktivis keamanan, Ono masih lagi aktif dalam bidang seni biarpun sudah berusia 81 tahun.
Wanita kelahiran Jepun itu cukup dikenali dengan pelbagai eksperimen seni yang adakalanya sukar difahami umum.
Salah satunya, seni ‘menjerit’ yang pernah diperdengarkan kepada di khalayak beberapa tahun lalu.
Rasanya, kalau kita yang buat begini di tempat awam, mungkin kita sudah diiring masuk ke dalam kereta peronda polis kerana dianggap ‘tak betul’…
sumber: MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Seni ‘Menjerit’ Oleh Yoko Ono, Mampukah Anda Memahaminya?"
Post a Comment