Tarikh Lihat Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2014

Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 September 2014 (Rabu) bersamaan 29 Zulkaedah 1435H. 


Tarikh Lihat Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2014


Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. 

Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan, antaranya ialah di Pontian Kecil di Johor, Tanjung Bidara di Melaka, Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor. 


Tarikh Lihat Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2014


Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen. 



sumber

0 Response to "Tarikh Lihat Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2014"

Post a Comment