Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014

Untuk makluman kepada semua calon SPM 2014, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2014 yang akan diadakan pada hari Khamis 13 November 2014. 

TEMA UMUM: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah  Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.


Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran

kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen.


ARAHAN KEPADA GURU

Pembinaan Bangsa Dan Negara Malaysia Yang Berdaulat1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum

tarikh peperiksaan.

2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat

persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang

akan diberikan pada hari peperiksaan.

3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan

sebelum hari peperiksaan.

4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai dan mengenal pasti

kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari

maklumat pada hari peperiksaan.

5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang

diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang

di atas meja pada hari peperiksaan.



ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal

sebelum hari peperiksaan.

2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan

maklumat berkaitan.

3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan

Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik

dalam Sejarah 1249/3.

4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah,

surat khabar, internet dan bahan-bahan lain yang berkaitan.

5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah,

nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam

dewan/bilik peperiksaan.

7. Calon hendaklah memastikan penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak

mengganggu calon lain.



KERTAS SOALAN TAMAT

0 Response to "Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014"

Post a Comment