
Gambar: Penduduk tempatan dan pelancong sedang makan daging anjing di Yulin
Semasa sedang melayari laman facebook,admin ada terbaca satu artikel yang dikongsikan oleh editor thevocket berkenaan satu festival tahunan bagi penduduk tempatan di Yulin yang dikatakan telah mendapat bantahan daripada pencinta haiwan sedunia.
Festival ini disambut bagi merayakan solstis musim panas dengan menghidangkan daging anjing sebagai sajian utama.

Tradisi tempatan mendakwa bahawa makan anjing dan laici dan minum minuman keras pada solstis musim panas membuatkan orang kekal sihat semasa musim sejuk.
Aktivis haiwan menganggarkan 10,000 anjing telah dibunuh setiap kali festival daging anjing itu diadakan. Petisyen telah dikeluarkan untuk memohon Yulin Governor Chen Wu untuk membatalkan festival ini di laman Change.org

Mereka berusaha membeli anjing-anjing yang telah dijual di pasaran terbuka dengan menggunakan duit kutipan derma dan duit sendiri. Namun, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemuanya.

Penyokong-penyokong festival ini sering menggunakan hujah tentang daging lembu yang dimakan oleh orang lain walaupun orang India menganggapnya haiwan suci sebagai alasan utama mereka meneruskan festival ini.
Petikan dari CNN, seorang lelaki telah berteriak kerana tidak puas hati dengan tekanan media terhadap festival tersebut di pasar terbuka Dong Kou:
“Adakah anda makan daging lembu? Jika anda berhenti makan daging lembu, kami akan berhenti makan daging anjing.”


“Ini adalah tradisi kita dan kita dah biasa makan daging anjing. Ia adalah budaya kami dan kami takkan mengubahnya (menghentikannya)… Ia lazat! Tapi kami tidak bunuh binatang peliharaan kami.” kata pemilik kedai penjual daging

Aktivis haiwan menyatakan daging anjing adalah sebahagian dari diet harian penduduk Yulin. Mereka mahu festival ini dilarangkan seperti mana tradisi China yang telah dilarang sebelum ini, contoh foot binding.
Lihat ini, festival paling kontroversi di China :
kredit kepada thevocket
0 Response to "Apa Yang Anda Bakal Lihat Ini Pastinya Akan Mengganggu Emosi Anda,Tetapi Inilah Realiti Di Sudut Dunia Lain.."
Post a Comment