BR1M 2015 Dinaikkan Kepada RM950 Bantuan Rakyat 1Malaysia


Kerajaan terus memberi tumpuan kepada rakyat apabila, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 mengumumkan kadar BR1M sebelum ini iaitu RM650 dinaikkan kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Bagaimanapun bantuan tersebut akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Manakala isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, akan menerima sebanyak RM750.

Cara pembayarannya adalah sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Kepada mereka, bayaran RM350 akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan.

Selain itu, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Related Posts :

0 Response to "BR1M 2015 Dinaikkan Kepada RM950 Bantuan Rakyat 1Malaysia"

Post a Comment