Cara Dan Tips Pelik Tapi Berkesan Elak Tidur Semasa Belajar Waktu Malam


Setiap pelajar mempunyai rahsia yang tersendiri untuk menahan diri daripada mengantuk ketika mengulang kaji pelajaran terutamanya di waktu malam.

Begitu juga dengan seorang pelajar perempuan bernama Cheng Tang berusia 20 tahun yang belajar di sebuah universiti di China. Tetapi dia menggunakan kaedah dan cara unik yang jarang dibuat orang.

Kaedah yang digunakannya itu mendapat perhatian dunia, dimana dia bertindak mengikat rambut pada ampaian yang digantung pada siling biliknya untuk mengelak daripada tertidur semasa mengulang kaji pelajaran sepanjang malam.

Turut melakukan kaedah unik itu adalah rakannya  Huang Lu, 21 tahun, merupakan pelajar Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian, dalam wilayah Fuzhou yang terletak di tenggara China.

 


Mengulas lanjut tentang kaedah berkenaan, mereka mendakwa mendapat idea tersebut daripada buku sejarah yang menceritakan perbuatan serupa dilakukan oleh beberapa cendekiawan China.

Disamping itu, cara ini juga membuktikan kesungguhan mereka untuk lulus dan berjaya dalam peperiksaan sehingga sanggup menyangkut rambut mereka supaya tidak terlelap semasa mengulang kali pelajaran.

Kepada pelajar di Malaysia, boleh mencuba kaedah ini, mana tahu berkesan ke atas diri anda daripada tertidur ketika mengulang kaji pelajaran di waktu malam.

0 Response to "Cara Dan Tips Pelik Tapi Berkesan Elak Tidur Semasa Belajar Waktu Malam"

Post a Comment