Gambar Banjir Teruk Di Penampang Sabah 7 Oktober 2014

Gambar Banjir Teruk Di Penampang Sabah


Kawasan-kawasan rendah di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak tiga hari yang lalu, dengan lalu lintas terputus di sesetengah kawasan. 


Penduduk kampung di daerah Penampang telah dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi manakala banyak kenderaan terhenti dilihat di beberapa bahagian jalan raya di Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran Inanam kerana telah dibanjiri air setinggi kira-kira satu meter. 


Gambar Banjir Teruk Di Penampang Sabah 7 Oktober 2014



Mereka berkata bahawa air yang melimpah dari empangan Babagon awal hari ini membuat keadaan banjir menjadi lebih teruk. 

Polis juga cuba untuk mengesahkan laporan bahawa beberapa rumah kampung telah dihanyutkan. 






Gambar Banjir Teruk Di Penampang Sabah 7 Oktober 2014
Empangan Babagon dengan air melimpah



Penampang adalah antara daerah yang paling teruk terjejas di kala pasukan bomba cuba untuk membawa keluar kanak-kanak dan warga tua dari Kampung Dabak dengan rakit. 

Kawasan lain yang terjejas termasuk Kampung Limbanak, Kibabaig dan Maang. 



Gambar Banjir Teruk Di Penampang Sabah 7 Oktober 2014



Ramai yang dipindahkan dibawa ke pusat komuniti Tun Fuad di pekan Donggongon tetapi kemudiannya terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi apabila pusat komuniti ini pula dilanda banjir. 


Gambar Banjir Teruk Di Penampang Sabah 7 Oktober 2014



Gambar sumber The Star online

0 Response to "Gambar Banjir Teruk Di Penampang Sabah 7 Oktober 2014"

Post a Comment