Hukum Suami Pukul Isteri Menurut Pandangan Islam

Pelbagai persoalan timbul dalam kehidupan berkeluarga yang diharap sangat manis. Ada kalanya pahit. Asam garam rumah tangga termasuklah sejauh mana seseorang suami itu dibenarkan memukul isteri dari perspektif Islam.

Hukum Suami Pukul Isteri

Berikut disertakan pandangan dan pendapat daripada bebarap tokoh ternama dalam dunia Islam di Malaysia :-

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim 

“Suami tidak boleh memukul isteri. Pukulan yang dibenarkan hanyalah sekadar mendidik sahaja tanpa mencederakan serta tidak menjatuhkan maruah isteri” 

Pukulan berbentuk mendidik ini adalah senjata terakhir yang boleh digunakan setelah semua jalan lain gagal iaitu dengan memberikan teguran baik dahulu kepada isteri kemudian memboikot tempat tidur.

Beliau juga turut memberikan tips bagaimana untuk mengawal dan meluahkan kemarahan kepada suami di luar sana.

“Isteri bukan ‘punching bag’ dan tempat meluah kemarahan. Ketika marah dinasihatkan dalam Islam pertamanya mengubah keadaan posisi diri dulu. Iaitu jika berdiri hendaklah duduk, jika duduk hendaklah berbaring"

Katanya lagi marah itu datang dari syaitan dan hawa nafsu, seorang Islam haruslah beristighfar, ambil wuduk, bersolat dan banyakkan bercakap untuk meredakan kemarahan.

Pendakwah bebas Dr. Fathul Bari Mat Jahya 


Hukum memukul isteri adalah Harus namun ada cara dan syaratnya.

“Islam membenarkan seorang suami memukul isterinya dengan bersyarat iaitu memukul bertujuan untuk mengajar, pukulan yang tidak meninggalkan kesan dan tidak memukul di muka” 

Fathul juga memberi nasihat kepada suami isteri agar sentiasa berkomunikasi  dan berbincang dengan baik dalam apa jua masalah yang mereka hadapi.

“Seorang suami perlu bijak dalam menyelesaikan masalah rumah tangga dan jika tidak ada penyelesaian, berjumpalah dengan orang tengah seperti pakar kaunseling agar permasalahan dapat diselesaikan dengan baik” 

Dalam Islam isteri adalah tanggungjawab seorang suami dan Islam juga mengajar kepada umatnya agar berlemah lembut dan bertimbang rasa di dalam segala hal, terutama sekali di dalam perkara- perkara berhubung dengan rumahtangga.

Beliau turut memetik sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud :

"Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya" Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.

Ustaz Mohd Kazim Elias





Ustaz Azhar Idrus (UAI)




0 Response to "Hukum Suami Pukul Isteri Menurut Pandangan Islam"

Post a Comment