
Aku berkenalan dengan Lia sejak dari bangku sekolah lagi. Dan pertemuan kembali pada zaman universiti membuahkan bibit percintaan antara kami. Namun perhubungan kami terputus bila masing-masing sibuk dalam pelajaran dan ketika itulah aku berkenalan dengan seorang gadis, Zana melalui teman sebilikku. Tanpa sedar, kami bercinta dan saling meluangkan masa bersama.
Kelembutan sikap dan kesabaran Zana membuatkan hati ini terlalu ingin menikahi Zana. Lantaran itu, aku melamar Zana dan mengajak Zana bertunang. Lamaran ku diterima dengan syarat kami perlu mendapatkan restu keluarga dahulu. Sedang kami merancang pertunangan kami, Lia hadir dalam hidupku. Kehadiran Lia ternyata memberi kesan berbeza pada diriku.
Aku mula mengabaikan Zana dan setiap masa aku luangkan bersama Lia. Perhatian ku kepada Zana semakin kurang setelah aku dan Lia pergi bercuti bersama-sama. Kemesraan kami telah berlarutan hingga ke bilik tidur. Sejak itu hubungan aku dan Lia seumpama suami isteri. Hinggalah Zana mula mendapat tahu tentang kecurangan aku. Zana cuba mengundurkan diri demi kebahagiaan ku. Dan Lia pula mula mendesakku menikahi nya dan bertanggungjawab. Sebenarnya, aku bukan lah org pertama yg meniduri Lia. Tapi disebabkan ketika itu aku terpukau dek kemanjaan Lia, aku menikahi Lia.
Di awal pernikahan kami sangat bahagia sehinggalah kami dikurniakan seorang anak, Nurain Izati. Namun segalanya berubah ketika Ain menganjak ke usia 5 bulan. Lia sering keluar bersama seorang rakan perempuan nya yg aku hanya kenali sebagai Shazila @ Sha. Sha sering menelefon Lia setiap malam dan setiap kali pulang kerja mereka akn keluar bersama. Perhatian dan layanan Lia terhadap aku dan Ain semakin kurang. Masanya lebih pada handphone dan Sha.
Aku mula sangsi bila suatu hari aku menyelongkar handphone Sha dan melihat mesej berbaur cinta dan lucah tanpa pengetahuan Lia. Aku hanya mendiamkan diri dan berhasrat untuk mengintip sendiri hubungan mereka. Seperti yang disangka, Sha seorang PENGKID. Dan hubungan mereka telah lame sebenarnya sejak zaman kami satu universiti lagi. Dan hubungan mereka terputus ketika aku dan Lia berkahwin. Namun, hubungan mereka kembali bertaut sejak beberapa bulan yg lalu. Hancur hatiku melihat Lia dan Sha tanpa segan silu bercumbuan dikhalayak dan Lia mengikut Sha pulang ke apartment Sha yang terletak di Subang. Sungguh aku tidak percaya inilah Lia yang ku kenal sejak bertahun lamanya.
Akhirnya, aku melafazkan talak pada Lia ketika Pegawai JAIS yang ku telefon sendiri menangkap mereka. Apa yang aku nak sampaikan di sini, inilah realiti kehidupan. Lia mengaku hubungan dia dan Sha dan menyatakan Sha lebih memahami jiwa perempuan nya berbanding aku. Dan disebabkan itulah dia tidak dapat lupakan Sha. Sikap baran ku dan kesibukkan ku membuatkan Lia berpaling kepada berkasih dengan Pengkid. Ketika itulah aku terbayang wajah sayu Zana yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku. Sungguh ku menyesal kerana melepaskan Zana dulu. Angkara nafsu, aku tersilap memilih antara kaca dan permata.
via : sukanstartv
0 Response to "Isteriku kekasih PENGKID"
Post a Comment