5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah1435 Hijrah merupakan hari umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha
Bermula pagi pada hari tersebut kebanyakan umat Islam akan keluar menunaikan solat Aidiladha dengan berpakaian cantik dan berwarna-warni
Kita harus bersyukur berada di negara aman dan damai seperti Malaysia yang meraikan perayaan tanpa sebarang halangan ataupun kesusahan
Bagaimanapun berbeza keadaannya bagi umat Islam di sesetengah negara yang terpaksa meraikannya dalam serba kekurangan akibat masalah kebuluran, kemiskinan, krisis politik dan peperangan
Berikut penulis sertakan panduan dan cara menunaikan Solat Sunat Hari Raya Haji/Korban atau Aidiladha
Solat hari raya sama ada Iduladha (Aidiladha) atau Idulfitri (Aidilfitri) adalah sunat dilakukan secara berjemaah. Menurut Imam As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun
Hukum Solat Hari Raya
Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya
Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim atau bermusafir dituntut mengerjakannya
Cara Perlaksanaan Solat Hari Raya Aidiladha
Solat Sunat Hari Raya adalah mengandungi takbir 7 kali pada rakaat pertama, dan takbir 5 kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut
Seterusnya apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa
Bacaan tasbih pada rakaat pertama dan rakaat kedua dimulakan lepas takbir yang pertama pada kedua -dua rakaat tersebut dan ini bermakna bacaan tasbih hanya 6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua
Khutbah Hari Raya
Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai.
0 Response to "Panduan Dan Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha 2014"
Post a Comment