Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar memaklumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian yang melakukan pengubahsuaian atau pemasangan aksesori lampu tambahan (lampu strob) boleh disaman RM300.
Difahamkan, penguatkusaan terhadap kesalahan itu sudah dilakukan sebelum ini namun bermula 1 November 2014, JPJ akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang melakukan kesalahan ini.
Laporan turut menerangkan bahawa hanya tiga warna dibenarkan untuk lampu kenderaan di jalan raya iaitu lampu brek berwarna merah, lampu isyarat kenderaan berwarna kuning dan lampu utama berwarna putih.
Arahan larangan itu dilihat wajar berikutan penggunaan aksesori lampu strob merupakan antara salah satu faktor berlakunya kemalangan.
Selain mengubahsuai kenderaan dengan memasang aksesori lampu strob penggunaan nombor plat yang tidak dibenarkan juga berhadapan dengan tindakan tegas.
Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Mulai 1 November 2014
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori lain pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:
1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan
2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan
3. Pemasangan lampu HID secara retrofit
4. Penukaran sistem pacuan
5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
hadapan atau belakang kereta
6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
warna merah / amber pada bahagian belakang
7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%
0 Response to "Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Mulai 1 November 2014"
Post a Comment