Senarai 10 Negara Dengan Internet Paling Laju Dan Pantas


Ini Dia 10 Negara Dengan Internet Paling Laju Dan Pantas

Akamai Technologies Inc kembali dengan laporan State of the Internet untuk edisi suku kedua 2014. Dalam jangkamasa ini, laporan mendapati kenaikan peratus dalam kecepatan akses internet di seluruh dunia sebanyak 21 peratus dibandingkan suku pertama 2014 sebelumnya, iaitu peningkatan kelajuan dari 3.9 Mbps menjadi 4.6 Mbps.

Peningkatan ini untuk pertama kalinya purata kepantasan akses internet dunia di atas melebihi kelajuan 4 Mbps yang dikategorikan oleh Akamai sebagai akses internet "broadband".

Ini Dia 10 Negara Dengan Internet Paling Laju Dan Pantas 
Kepantasan akses di negara Top 10 dengan "internet terpantas" turut mengalami kenaikan. Peningkatan terbesar di catatkan oleh Hongkong dengan peningkatan kepantasan akses internet sebanyak 18 peratus.

Korea Selatan menunjukkan peningkatan kelajuan yang lebih kecil, sekitar 4 peratus, tetapi negara ini masih menduduki tangga teratas akses internet terlaju dengan kelajuan purata sebanyak 24.6 Mbps, jauh lebih tinggi dibandingkan di Hongkong yang menduduki di tangga kedua yang mencatatkan kelajuan purata 15.7 Mbps.
Ini Dia 10 Negara Dengan Internet Paling Laju Dan PantasAkamai Technologies Inc.Senarai sepuluh negara dengan kelajuan purata akses internet  menurut laporan State of the Internet untuk kuartal-2 2014 dari Akamai Technologies Inc.

Jepun tergelincir dari posisi kedua terpantas di suku pertama 2014 sebelumnya menduduki tangga keempat dengan kelajuan purata 14.9 Mbps. Secara dasarnya, kedudukan 10 negara dengan internet terpantas atau terlaju dari Laporan Akamai masih didominasi oleh "negara" lama.

Di samping Korea Selatan, Hongkong, dan Jepun, negara-negara lain yang termasuk dalam daftar ini adalah Swiss, Belanda, Sweden, Latvia, Ireland, Republik Czech dan Romania.

Bagaimana dengan Indonesia? Kecepatan purata kelajuan akses internet di Indonesia mengalami peningkatan sebanyak 5.1 peratus dari suku pertama 2014 menjadi 2.5 Mbps. Angka ini walau bagaimanapun masih di bawah kelajuan purata akses internet dunia iaitu 4Mbps.

Via Kompas.com

0 Response to "Senarai 10 Negara Dengan Internet Paling Laju Dan Pantas"

Post a Comment