Senarai Anggota TLDM Yang Hilang Bersama Bot Tempur CB204

cb204
Bot tempur jenis CB90 milik TLDM yang dilaporkan sebelum ini terputus hubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam pelayaran ke kawasan operasi Terumbu Layang-Layang, perairan Sabah kira-kira jam 11.15 pagi semalam masih belum ditemui setakat ini.


Pihak TLDM telah mengerahkan empat kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Pari, KD Serang dan KD Ganas, manakala APMM menghantar Kapal Maritim (KM) Mabul dan KM Berani bagi membantu operasi berkenaan.


anggota tldm hilang cb204
Kapal KM Berani

Berikut adalah senarai tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang bersama bot tempur CB204, pagi semalam.


1. Leftenan Azri Bakar

2. BK PAP Christopher ak Mani

3. BM TMK Ince ak Evin

4. BM TMK Steven Hudson ak Miso

5. BM JTP Nor Azuan Ariffin

6. LK KOM Sulhajji Daah

7. LK PAP Mohd Azhry Maani

Dalam pada itu, Ketua TTLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yakin kapal tempur CB204 adalah selamat. 

Dalam temu bual secara langsung melalui Astro Awani, beliau berkata bot ini mempunyai 'keupayaan untuk berlabuh dan mempunyai kestabilan yang sangat baik'. 

"Kita berdoa bot dan pegawai semuanya selamat," katanya. 

Abdul Aziz juga berkata mereka mempunyai maklumat yang diterima daripada Petronas bahawa bot berjaya dikesan awal pagi ini berhampiran pelantar minyak syarikat, yang terletak kira-kira 20 batu nautika timur-barat dari Pulau Mengalum di perairan pantai barat Sabah. 

"Kami telah menghantar pesawat Super Lynx kami ke kawasan pelantar minyak untuk menyiasat perkara ini," katanya.

0 Response to "Senarai Anggota TLDM Yang Hilang Bersama Bot Tempur CB204"

Post a Comment