Berikutan banjir melanda kawasan kedua-dua Institut Pengajian Tinggi di Terengganu iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pihak Universiti terbabit telah mengumumkan cuti bencana.
Menurut kenyataan akhbar, UMT mengumumkan hari ini (Khamis 20.11.2014) sebagai cuti sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Manakala UniSZA pula mengumumkan semalam dan hari ini sebagai cuti darurat.
Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim.
Pengumuman cuti bencana itu berikutan kawasan kedua-dua universiti berkenaan telah dinaiki air sehingga kira-kira 0.4 meter.
Malah hujan lebat yang berterusan bermula Isnin lalu telah menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti di pintu masuk UMT dan beberapa bahagian di sepanjang jalan perkarangan Universiti terbabit.
0 Response to "Banjir 20 November 2014 UMT Dan UNISZA Dapat Cuti"
Post a Comment