Seperti yang semua maklum negeri Pantai Timur di Malaysia terutama di Terengganu dan Kelantan kini dilnda banjir sekarang. Banjir besar yang melanda Terengganu terutama di Kuala Nerus dan Gong Badak, Khamis lalu, telah menyaksikan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi cuti darurat sehari berikutan kawasan sekitar institusi pendidikan itu dinaiki air sehingga satu meter.

Bagi meringankan beban mangsa banjir, Kerajaan Negeri Terengganu akan memberikan sumbangan wang ehsan RM500 setiap keluarga mangsa banjir yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu lagi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM750,000 untuk diagihkan kepada 1,561 keluarga membabitkan 6,255 mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di lima daerah iaitu Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.
"Bagaimanapun, selain bantuan kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan menyalurkan sumbangan sama kepada semua mangsa terbabit.
Bayaran akan dibuat berdasarkan senarai nama keluarga mangsa yang berdaftar di semua pusat pemindahan,"
0 Response to "Bantuan RM500 Wang Ehsan Banjir Negeri Terengganu "
Post a Comment