BR1M 2015 Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0

BR1M 2015 Borang Permohonan

Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima.



Kadar BR1M 4.0 Tahun 2015

1) Kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Bantuan akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.



2) Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.




3) Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.



Kadar Bayaran BR1M 4.0 Tahun 2015 

Kadar BR1M 4.0 Tahun 2015



Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014. 




* Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 



* Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini

0 Response to "BR1M 2015 Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0"

Post a Comment