Dua Pemain Harimau Muda A Sah Ke JDT 2015

Fandi Othman dan Amer Saidin

Musim perpindahan pemain Liga Malaysia Musim 2015 kini semakin rancak. Ramai pemain mula mencari pasukan baru dengan berhijrah ke pasukan baru yang akan menjanjikan gaji dan cabaran baru yang menarik.

Khabar angin bahawa empat pemain Harimau Muda A iaitu Amer Saidin (pertahanan), Gary Robbat (pemain tengah), S.Saarvindran (sayap) dan Mohd Fandi Othman (pertahanan) berkemungkinan besar akan menyertai pasukan besar musim 2015 depan.

Dan semalam dalam sesi wawancara bersama media, DYAM Tunku Ismail (TMJ) ada menyatakan yang dua pemain Harimau Muda A, Fandi Othman (asal Johor) dan Amer Saidin (asal Pulau Pinang) akan menyertai Harimau Selatan musim 2015 depan. Difahamkan Gary Robbat akan terus kekal bersama Harimau Muda A.


Selamat datang Fandi Othman dan Amer Saidin ke JDT 2015.


sumber

0 Response to "Dua Pemain Harimau Muda A Sah Ke JDT 2015"

Post a Comment