Gambar Majlis Nikah Elly Mazlein Dan Azmi Hatta 9 November 2014

elly mazlein nikah

Elly Mazlien, pelakon dan penyanyi akhirnya bergelar isteri kepada pengarah drama Azmi Hatta, 38 tahun dalam satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, Puchong pada Ahad 9 November 2014.

Dengan dua kali lafaz, akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Syed Hanafi Syed Abdullah kira-kira pukul 11.45 tengah hari. Ia turut disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana Ustaz Ahmad Baie Jaafar.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 34, menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan. Elly turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, manakala membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, kasut, jam tangan, barang kemas, kek, dan minyak wangi.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut, sirih junjung, kaca mata, beg bimbit lelaki, kek dan coklat, cincin serta minyak wangi.

Majlis akad nikah dan jamuan diadakan secara sederhana di Surau As Sakinah bersebelahan pusara ibunya Sabariah Ahmad yang meninggal dunia pada Mei lalu.

Berikut antara gambar sekitar majlis pernikahan Elly Mazlein dan Azmi Hatta, AHAD 9 November 2014. Tahniah moga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat






elly mazlein nikah



elly mazlein nikah

0 Response to "Gambar Majlis Nikah Elly Mazlein Dan Azmi Hatta 9 November 2014"

Post a Comment