
Jawatankuasa Fatwa Perlis dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 17 November 2014 mengambil ketetepan berikut atas dua perkara terkini iaitu
1) Menetapkan bahawa ungkapan al-Madad ya Rasulullah sama ada dalam bentuk doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik.
2) mengambil ketetapan bahawa pemakaian lilitan kain hitam di lengan baju berwarna putih oleh orang Islam hukumnya adalah haram kerana menyerupai adat orang kafir.
Mufti negeri, Datuk Dr. Juanda Jaya memberitahu ungkapan al-Madad ya Rasulullah yang membawa maksud mohon bantuan wahai Rasulullah adalah sejenis al-Istighathah dan tidak dibenarkan dalam Islam.
“Tidak boleh memohon bantuan kepada orang yang sudah meninggal dunia, begitu juga kepada Rasulullah yang telah wafat dan dalam konteks ini, kita (umat Islam) hanya boleh memohon pertolongan Allah.
“Sedangkan Rasulullah sendiri meminta supaya kita memohon bantuan daripada Allah,”
Orang ramai perlu berhati-hati supaya tidak sesekali mengeluarkan ungkapan seumpama ini dengan kecenderungan generasi masa kini menyanyikan lagu-lagu qasidah atau nasyid tanpa menyedari bahawa terdapatnya unsur-unsur ungkapan al-Madad ya Rasulullah.
Jawatankuasa Fatwa Perlis juga mengambil ketetapan bahawa pemakaian lilitan kain hitam di lengan baju berwarna putih oleh orang Islam hukumnya adalah haram kerana menyerupai adat orang kafir.
“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur adat keagamaan lain,”.
sumber
0 Response to "Jawatankuasa Fatwa Perlis Haram Ungkapan Al-Madad Ya Rasulullah"
Post a Comment