![]() |
Maharaja Lawak Mega 2014 |
Persaingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) Minggu 1 (Pertama) di Dewan Teater Diraja Selangor, Shah Alam, Jumaat lalu telah mendapat sambutan hebat penonton yang menyaksikan 15 kumpulan pelawak popular iaitu Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, Jalor, SYJ, Sayot, Kepoh, Ekzos, Samurai, Zero, Shake dan Wala berentap.
Namun malang bagi kumpulan Sayot dan Kepoh apabila kedua-duanya diumumkan tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 1. Dua kumpulan sekaligus tersingkir.
Dihoskan Datuk AC Mizal, persembahan peserta dinilai empat juri profesional yang mewakili 70 peratus markah iaitu pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah (Singapura) dan Farah Quinn (Indonesia).
Berikut keputusan markah Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 1.
Sepahtu (54.2 peratus)
Virus (50.7 peratus)
Comey (46.4 peratus)
Jalor (46.3 peratus)
Zero (45.2 peratus)
Samurai (44 peratus)
Nabil (39.1 peratus)
Ekzos (36.8 peratus)
SYJ (35.5 peratus)
Bocey (34 peratus)
Wala (32.1 peratus)
Shiro (29.5 peratus)
Sayot (23.3 peratus)
Kepoh (20.3 peratus)
MLM 2014 akan berlangsung selama 13 minggu pada setiap Jumaat, jam 10
malam dan disiarkan Astro Warna (saluran 132).
0 Response to "Kedudukan Markah Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 1"
Post a Comment