Penyerang Terbaik Negara Bersedia Jika Dipanggil Sertai Harimau Malaya


Pemenang Penyerang Terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014, Mohd Nor Farhan Muhammad bertekad untuk memantapkan lagi prestasinya walaupun terpaksa hakikat namanya dipinggirkan daripada skuad kebangsaan bagi menghadapi cabaran Piala Suzuki AFF hujung bulan ini.

Norfarhan yang menyarung jersi Terengganu tahun ini, mengetepikan S. Chanturu daripada pasukan Sarawak dan penggempur PDRM, Bobby Gonzales dalam majlis yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya tadi.

“Saya tidak terkilan kerana tidak terpilih mewakili pasukan kebangsaan, kerana saya juga pernah dipanggil.



Barisan pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 


“Saya percaya setiap jurulatih ada perancangannya dan pemain-pemain tertentu yang diperlukan.

“Saya sedia untuk dipanggil semula dan akan memberikan yang terbaik,” jelasnya.

Pemain dengan sapaan dengan nama Ben10 itu juga percaya kerja kerasnya telah dikesan pihak penilai sehingga terpilih untuk Anugerah Penyerang Terbaik, walaupun berkemampuan bermain di pelbagai posisi. 

Ben10 juga mengesahkan akan kembali ke Kelantan musim depan dengan menggambarkan kombinasi pemain, pengurusan dan penyokong akan menjadikan The Red Warriors kembali sebagai pencabar yang digeruni.

0 Response to "Penyerang Terbaik Negara Bersedia Jika Dipanggil Sertai Harimau Malaya"

Post a Comment