Senarai Barang Keperluan Yang Perlu Bawa Ke PLKN

PLKN 2015

Penempatan PLKN 2015 Siri 1 kini telah di buka di SINI untuk semakan. Bagi mereka yang telah terpilih sebelum ini dan telah mengetahui tempat lokasi PLKN anda, kini tiba masa untuk memikirkan atau menyediakan barang-barang keperluan yang perlu di bawa ke Kem latihan PLKN nanti.

Berikut dikongsikan barang-barang keperluan yang perlu atau di larang di bawa ke Kem PLKN seperti dinyatakan di Laman Web Rasmi JLKN di SINI

Pakaian/Peralatan Yang Disediakan Oleh JLKN

Pakaian Celoreng

  • 2 helai Baju Celoreng
  • 2 helai seluar celoreng
  • 1 pasang boot
  • 2 pasang “sock worsted grey”
  • 1 unit tali pinggang
  • 1 unit Beret

Pakaian Sukan

  • 2 helai baju T sukan
  • 2 helai seluar sukan
  • 1 pasang kasut sukan
  • 2 pasang stokin putih
  • 1 unit topi “baseball”

Pakaian Kelas

  • 2 helai baju kelas
  • 2 helai seluar kelas
  • 1 pasang kasut hitam
  • 1 unit tali pinggang
  • 2 pasang stokin hitam

Lain-lain

  • 2 helai tudung (untuk wanita muslim)
  • 2 helai tuala
  • 1 berus kasut
  • 1 pengilat kasut

Pakaian dan Kelengkapan Yang Perlu dibawa oleh Peserta

  • Pakaian untuk kegunaan selepas kelas, waktu malam dan untuk hujung minggu termasuk pakaiandalam, pakaian mandi, pakaian tidur, pakaian untuk sembahyang dan sebagainya.
  • Keperluan kelengkapan kemasan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut dan sebagainya.
  • Keperluan mencuci pakaian seperti sabun/serbuk pencuci, berus,penyangkut baju dan sebagainya.

Perkara-Perkara yang dilarang dibawa Semasa Latihan

Peserta-peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki perkara perkara berikut:

Barang-barang atau alat-alat yang merbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di sepanjang tempoh latihan;
  • Minuman keras, dadah serta rokok;
  • Bahan-bahan lucah;
  • Dokumen serta bahan-bahan bercetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan provokasi.
Peserta-peserta tidak digalakkan memakai dan membawa perkara-perkara berikut:
  • Barang-barang kemas;
  • Wang tunai yang tidak melebihi RM200.00; dan
  • Telefon Bimbit.
Perhatian: Jika peserta membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, peserta diminta menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan barangan dan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah dibawah tangunggjawab peserta sendiri.

0 Response to "Senarai Barang Keperluan Yang Perlu Bawa Ke PLKN"

Post a Comment