
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar.
UTC adalah salah satu usaha dan inisiatif daripada Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
UTC menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor Swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.
Muat turun risalah UTC : Klik untuk -> Download
Berikut di antara perkhidmatan atau servis yang disediakan di UTC :-
1) MyEG
2) Jabatan Pendaftaran Negara
3) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
4) Jabatan Imigresen Malaysia
5) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
6) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
7) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8) Kementerian Sumber Manusia - hanya di cawangan KL
9) eperolehan (MOF) - hanya di cawangan KL
10) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - hanya di cawangan KL
11) Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - hanya di cawangan KL
12) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
Ada beberapa lagi servis yang disediakan. Anda boleh rujuk di SINI
sumber
0 Response to "Senarai Perkhidmatan Di UTC Urban Transformation Centre"
Post a Comment