Shisha Haram Di Singapura Bermula 28 Nov 2014

Shisha Haram

Shisha telah diharamkan di Malaysia. Kini giliran Singapura pula mengharamkannya termasuk pengedaran dan penjualan shisha yang berkuat kuasa pada Jumaat 28 November 2014, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).

Lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai 2016 sebagai langkah peralihan bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.

Kesalahan Shisha Di Singapura
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali.

Malah atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali akan dikenakan terhadap sesiapa yang melanggar larangan tersebut.



sumber

0 Response to "Shisha Haram Di Singapura Bermula 28 Nov 2014"

Post a Comment