Di
dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah,
adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. Tetapi ada juga wanita
yang mungkin mengecewakan suami.
Rasulullah
Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta
simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu
melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila
ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat
Abu Dawud)
7
jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1.
Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang Allah.
Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2.
Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan
malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak
menyenangkan.
3.
Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar
kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai
Allah.
4.
Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan
hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si
suami dengan tetap melakukan maksiat.
5.
Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan
enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan
perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya
untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala
keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh
mendatangkan kemurkaan Allah.
6.
Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami
untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan
pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami
tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar,
pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami
menjadi ragu- ragu.
7.
Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk
menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Sumber
: Majalah Fatawa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan
oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0 Response to "7 Isteri yang Sering Diceraikan Suami"
Post a Comment