Anwar Boleh Guna Gelaran Datuk Walaupun 'Datuk Seri' Selangor Ditarik

Anwar Tidak Pernah Mohon 'Datuk Seri' Selangor. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat kenyataan media atas penarikan balik gelaran ' Datuk Seri' oleh Sultan Selangor berkuatkuasa 3 November 2014 seperti berikut yang dipetik dari Astro Awani:-


"Darjah Kebesaran S.S.S.A ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," 


"Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai penasihat ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya,"
Anwar membuat kenyataan bagi mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Darjah Kebesaran S.S.S.A yang membawa gelaran "Datuk Seri" itu ditarik balik berkuatkuasa 3 November.
Istana Selangor memaklumkan bahawa gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada Anwar ditarik balik atas alasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempersoal kewibawaan dan kuasa Sultan dan Institusi Raja ketika krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Biarpun Darjah Kebesaran S.S.S.A itu ditarik balik, Anwar masih boleh menggunakan "Datuk Seri" kerana mempunyai tiga lagi Darjah Kebesaran yang membawa gelaran yang sama.


Antaranya Darjah Seri Utama Negri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.


sumber

0 Response to "Anwar Boleh Guna Gelaran Datuk Walaupun 'Datuk Seri' Selangor Ditarik"

Post a Comment