Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri Sembilan


Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri Sembilan. Berita baik untuk penjawat awam Negeri Sembilan apabila kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum sebanyak RM500."Bayaran ini akan dijelaskan pada 2 Jan 2015.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebagai menghargai sumbangan berterusan penjawat awam dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. "Dengan insentif ini, saya amat berharap prestasi kakitangan awam negeri ini akan terus dipertingkat di samping memegang teguh prinsip integriti dalam setiap gerak kerja," katanya ketika berucap semasa membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.


sumber

0 Response to "Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri Sembilan"

Post a Comment