Dua
lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja,
Pengkalan Chepa di sini, hari ini, menurut polis.
Dalam
kejadian kira-kira 6.30 petang, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan
sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila
Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.
Sepupunya
itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras,
kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa.
“Mayat
kedua-duanya telah dijumpai,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya,
mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang
Kerian untuk bedah siasat.
via – BERNAMA
0 Response to "Dua Lelaki Mati Lemas Di Pengkalan Chepa"
Post a Comment