Empat Jurulatih Bolasepak FAM Letak Jawatan


Empat jurulatih bolasepak FAM letak jawatan. Ada sesuatu yang tidak kena melanda pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas empat jurulatih kebangsaan meletak jawatan tanpa diduga. Adakah ianya berpunca daripada krisis dalaman FAM?

Ketika peminat bergembira di atas kejayaan skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Dollah Salleh layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014 bertemu Vietnam Ahad ini, kita mungkin terlepas pandang dengan berita perletakan jawatan mengejut ini.

Empat jurulatih bolasepak kebangsaan yang meletak jawatan adalah

1) Jacob Joseph - jurulatih wanita bola sepak wanita Malaysia
2) Maizal Hairi Marzuki - ketua jurulatih futsal Malaysia
3) Mazlan Abdul Wahid - jurulatih penjaga gol bagi pasukan Harimau Muda B
4) S. Balachandran - ketua jurulatih pasukan bolasepak Bawah 16 Tahun Malaysia 

Mungkin ada sesuatu yang tidak kena masakan semua jurulatih ini meletak jawatan dalam waktu yang hampir sama.

Ini adalah alasan yang diberikan oleh beberapa jurulatih punca meletak jawatan seperti dilaporkan dalam mStar online



sumber

0 Response to "Empat Jurulatih Bolasepak FAM Letak Jawatan"

Post a Comment