Jururawat Tak Serik Cetak Wang Palsu



Hari ini menerusi sinar online, seorang jururawat dipenjara 8 tahun setelah mengaku bersalah memproses wang palsu.

 Sebelum ini, Nor Aziarina turut dua kali dihukum penjara lapan tahun dan tiga tahun atas kesalahan sama namun masih tidak serik dengan kesalahan yang dilakukan. 

Tertuduh, Nor Aziarina Ismail, 31, didakwa pada tuduhan pertama memproses dan memiliki alat mesin pencetak jenis Canon Pixma untuk tujuan pemalsuan 71 wang kertas RM100; 36 wang kertas RM20 dan 66 wang kertas RM10 dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor di hadapan masjid Kampung Jelor, Pasir Puteh, pada jam 12.30 tengah hari, 29 November 2013.


Pada prosiding sama, tertuduh turut dihukum penjara lima tahun selepas mengaku pada tuduhan kedua memiliki 173 wang kertas RM100, RM20 dan RM10, pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Pertuduhan tersebut dibuat bersama suaminya, Azahar Yusof, 40, namun lelaki itu kekal dengan pengakuan tidak bersalah.


Hakim Mohd Yusoff Yunus mengarahkan kesemua hukuman tersebut dilakukan serentak berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan.


0 Response to "Jururawat Tak Serik Cetak Wang Palsu"

Post a Comment