Panduan Pilih Kursus Pengajian Yang Betul


Pilih Kursus Pengajian Yang Betul
Cara pilih kursus pengajian di universiti yang betul. Bagi yang baru habis menghadapi peperiksaan SPM 2014 mungkin ini adalah masa untuk berehat seketika tetapi perlu juga mula melihat-lihat tentang program yang ingin dipohon nanti. Untuk makluman keputusan SPM 2014 akan diumumkan pada 3 Mac 2015.

Ada beberapa panduan mudah untuk memilih kursus pengajian yang betul di IPTA/IPTS dan lain-lain lagi.




1. Untuk program diploma biasanya tidak susah sebab nama program berkenaan biasanya telah pun memberikan gambaran apakah kandungan program pengajian yang akan dilalui

2. Namun perhatian perlu diberikan bagi yang ingin memohon ke program asasi/tamhidi/matrikulasi. Pelajar kena pastikan dahulu sebab tujuan asas dan asalnya program ini adalah untuk kemudian membawa pelajar ke program ijazah sarjana muda. Apa yang perlu diberi perhatian adalah antaranya.....

- Ada program ijazah yang hanya mengambil lepasan STPM dan tidak menerima lepasan asasi/matrikulasi atau diploma

- Ada juga program ijazah yang hanya menerima lepasan asasi/matrikulasi sahaja dan tidak menerima lepasan asasi/matrikulasi ataupun dari lepasan diploma

- Masih ada 2 - 3 program ijazah yang merupakan sambungan daripada program diploma (bermakna tiada pengambilan dari lepasan STPM/asasi/matrikulasi)

- Ada program asasi/tamhidi yang khusus untuk pelajar sambung belajar di IPT yang sama, dan tidak boleh untuk memohon ke program ijazah di IPTA lain. hanya asasi sains UM dan asasi UiTM(kecuali undang-undang (E0601) sahaja yang melayakkan lepasannya memohon ke IPTA lain)

- Perlu juga diketahui bahawa lepasan asasi(foundation) dari IPTA dan juga lepasan program luar seperti A-level tidak layak memohon ke program ijazah IPTA (dalam negara)

- Ada program ijazah sarjana muda yang selain meletakkan syarat pencapaian di peringkat SPM yang di ambil kira selain daripada syarat di peringkat STPM/asasi/matrikulasi/diploma - bermakna kalau STPM/asasi/matrikulasi dapat CGPA 4.00 pun; kalau gagal memenuhi syarat di peringkat SPM - tak akan dapat juga tempat.

- Ada juga program asasi yang sama namanya tetapi berbeza laluannya untuk ke ijazah sarjana muda nanti (asasi sains hayat UM dan asasi sains hayat UIAM)

Jangan hanya melihat dan merujuk di laman web UPU untuk program lepasan SPM sahaja, tetapi kena juga rujuk program ijazah sarjana muda (lepasan STPM/setaraf - termasuklah asasi/matrikulasi/diploma) dari segi syarat kemasukannya.

Dipetik dari group Facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM
di https://www.facebook.com/group/halatuju


sumber

0 Response to "Panduan Pilih Kursus Pengajian Yang Betul"

Post a Comment