HONG
KONG – Puluhan pemandu di sebatang lebuh raya utama di sini berebut-rebut
mengaut duit kertas berjumlah hampir HK$16 juta (RM7 juta) yang berterabur
selepas pintu sebuah van perisai tiba-tiba terbuka menumpahkan beberapa kotak
berisi wang tunai.
Kejadian
berlaku di Gloucester Road petang semalam apabila van keselamatan itu dalam
perjalanan menuju ke sebuah bank dan pemandu kenderaan tersebut mendakwa
langsung tidak sedar bila pula pintu belakang van berkenaan sudah pun
‘ternganga’.
“Kami
sedang siasat bagaimana pintu van boleh terbuka sendiri sama ada faktor
teknikal, kecuaian pemandu atau memang dirancang penjenayah lain yang berjaya
umpil pintu itu,” kata supritendan polis Hong Kong, Wan Siu-hung kepada
pemberita tempatan.
Jarak
dari tempat kotak-kotak tersebut jatuh pecah menumpahkan ribuan mata wang dollar
Hong Kong itu dengan bank terbabit adalah dalam lingkungan setengah jam
perjalanan biasa dan kejadian berkenaan telah menyebabkan kesesakan teruk di
laluan sibuk tersebut.
Stesen
tempatan menunjukkan ramai pejalan kaki turut menyerbu kawasan itu manakala
keadaan mula terkawal sejurus puluhan anggota polis lengkap bersenjata berat
bergegas mengepung laluan terbabit dan mengutip semula baki wang yang
tinggal.
Jurucakap
polis meminta orang ramai yang mengambil wang berkenaan supaya lebih
bertanggungjawab dan bersikap jujur dengan menyerahkan kembali duit tunai
terbabit di balai polis untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan mencuri harta
awam.
Pakar-pakar
perundangan berkata, polis boleh menahan pencuri wang tersebut jika membuat
transaksi di bank kerana rekod nombor siri wang hilang itu sudah pun dimaklumkan
kepada semua institusi perbankan bagi tujuan rujukan keselamatan. – Agensi
0 Response to "Pintu Van Perisai Tiba-Tiba Terbuka, Duit Tunai RM7 Juta Berterabur Ke Jalan"
Post a Comment