Razif mohon maaf pada Chong Wei


lee chong wei razif sidek
Razif Sidek mengeluarkan notis permintaan maaf, penarikanbalik dan akujanji di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini berhubung kenyataannya berkenaan isu doping yang melanda pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Berikut adalah notis yang dikeluarkan bekas pemain badminton negara itu:-

1. Saya, Mohamad Razif Bin Dato Hj. Mohd. Sidek telah membuat beberapa kenyataan berkenaan dengan Datuk Lee Chong Wei kepada wartawan/wakil akhbar Kosmo! di mana kenyataan-kenyataan saya kemudiannya telah dipetik dan disiarkan di dalam akhbar Kosmo! pada 9 November 2014 dalam satu artikel bertajuk "Pekung skandal dadah ikon badminton akhirnya terbongkar" yang kemudiannya telah disiarkan di dalam penerbitan yang lain.

2. Saya mengaku dan mengesahkan bahawa kenyataan-kenyataan dan dakwaan-dakwaan serta fitnah tersebut terhadap Datuk Lee Chong Wei adalah palsu dan langsung tidak berasas.

3. Saya secara ikhlas dan dengan sepenuh hati meminta maaf kepada Datuk Lee Chong Wei untuk apa-apa kerosakan, distres dan/ atau keaiban yang dialami beliau ekoran daripada kenyataan-kenyataan saya yang telah mempersoalkan intergriti dan kejujuran beliau.

4. Saya mengakujanji dan menyatakan di sini bahawa saya tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut atau tudukan yang tidak berasas dan mempunyai niat jahat terhadap Datuk Lee Chong Wei.

via : sukanstartv

0 Response to "Razif mohon maaf pada Chong Wei"

Post a Comment