Soalan Lazim FAQ Permohonan UPU 2015/ 2016. Tarikh penting dan FAQ permohonan UPU Sesi 2015/ 2016. Berikut disertakan tarikh-tarikh penting UPU sesi kemasukan 2015/ 2016 untuk panduan pemohon semua
Jualan Unik ID BSN Dibuka
Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015
Sistem Permohonan UPU Dibuka
Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 12 tengah malam
Borang permohonan UPU sesi 2015/ 2016 boleh klik di :
Link Borang Permohonan UPU sesi 2015/ 2016
http://upu.moe.gov.my/web/
Berikut disertakan informasi berkenaan soalan-soalan lazim UPU yang dipetik dari laman web UPU
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR (BPKP)
SOALAN 1:
Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
(BPKP) dalam pembangunan pendidikan?
JAWAPAN 1:
BPKP adalah satu bahagian dalam Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang berperanan dalam menggubal, melaksana
dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar serta
bertanggungjawab dalam memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke
IPTA,Politeknik Premier,Politeknik Konvensional/METro, Kolej Komuniti dan
Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf, Lepasan SKM dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP(UPU) dalam pengurusan
pengambilan pelajar ke IPTA?
JAWAPAN 2:
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program
Pengajian Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi (Ijazah Pertama) adalah selaras
dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama
Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan
pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,
keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.
SOALAN 3:
KPM telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas
maklumat kemasukan ke IPTA melalui penganjuran Karnival Pendidikan
Tinggi Negara (KPTN) pada setiap tahun. Bagaimanakah KPTN ini dapat
membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya mencorakkan
negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3:
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk
persiapan kemasukan pelajar ke IPTA dalam menyediakan sistem
permohonan aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada
pemohon di tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada
Kementerian, IPTA, politeknik dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA)
serta edaran bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem
dan prosedur permohonan. Selain daripada itu, KPM melalui Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga
telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan akses
komunikasi secara maya bersama masyarakat di halaman (page)
‘Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU’ di laman sosial Facebook. KPM
juga melaksanakan taklimat dan seminar di sekolah kepada pelajar dan
kaunselor. IPTA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi
bersama-sama Kementerian.
SOALAN 4:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan
kemasukan ke IPTA?
JAWAPAN 4:
Permohonan kemasukan ke IPTA boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian
sepenuhnya melalui laman web http://upu.moe.gov.my dan permohonan akan
dibuka pada bulan Januari 2015.
SOALAN 5:
Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID
tersebut?
JAWAPAN 5:
Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi
Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di mesin
ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang
akaun GIRO sahaja) sehari selepas iklan disiarkan.
Kategori pembelian nombor unik ID adalah seperti berikut :
Kategori A : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA
Kategori B : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan
STAM, Asasi dan Matrikulasi
SOALAN 6:
Semasa mengisi permohonan, pemohon telah membuat kesilapan dalam
mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses
oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6:
Pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP terlebih dahulu di talian
Hotline UPU (03-8870 6767) kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan
menyukarkan proses permohonan.
SOALAN 7:
Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti
mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?
JAWAPAN 7:
Tidak perlu sertakan salinan sijil tesebut kerana maklumat Kokurikulum akan
diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
SOALAN 8:
Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan
ke IPTA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 8:
Tidak boleh kerana Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf hanya terbuka
kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf pula, permohonan adalah tebuka kepada Bukan Warganegara
Malaysia dan mereka perlu memohon terus kepada IPTA pilihan melalui
Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan
menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan. Walau
bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui
Aplikasi Dalam Talian di http://upu.moe.gov.my
SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil
kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang?
JAWAPAN 9:
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
SOALAN 10:
Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini disebabkan
kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 10:
Pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had dalam
pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh dilakukan
semasa tempoh permohonan masih dibuka iaitu sehingga bulan April 2015.
SOALAN 11:
Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan
bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
JAWAPAN 11:
Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen
tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar
bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah
disahkan ke IPTA pilihan kecuali UiTM.
SOALAN 12:
Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program
Pengajian sebelum mengemukakan permohonan. Dimanakah semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di epanduan
kemasukan di http://upu.moe.gov.my dan pemohon perlu
memastikan mereka memohon program pengajian yang mengikut aliran
masing-masing semasa menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar
aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains.
SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke IPTA walaupun
bukan pelajar SPM tahun semasa (tahun 2014)?
JAWAPAN 13:
Pelajar masih layak memohon sekiranya mereka adalah lepasan SPM 2012
dan ke atas, walau bagaimanapun, bagi lepasan SPM 2011 dan ke bawah
boleh terus memohon ke IPTA pilihan.
SOALAN 14:
BPKP juga telah menjadi Pusat Pengambilan Setempat ke politeknik
selain kemasukan ke IPTA. Apakah syarat kemasukan ke politeknik
tersebut?
JAWAPAN 14:
Syarat kemasukan ke politeknik bergantung kepada kursus dan peringkat
pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan
lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, pemohon mestilah mempunyai
sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk matapelajaran
matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon
mestilah kepujian sama ada matematik/matematik tambahan atau
matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera.Maklumat secara terperinci
berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my
SOALAN 15:
Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan
permohonan kemasukan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 15:
Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3
kaedah berikut :
i. Internet :
? http://upu.moe.gov.my
? http://jpt.utm.my
? http://jpt.uum.edu.my
? https://jpt.unimas.my
? http://jpt.ums.edu.myii. SMS Taip UPU
iii. Telefon :
Helpline 03-8870 6777
Talian Am 03-8870 6755 / 6778
Hotline UPU 03-8870 6767
SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke IPTA,
keputusan menunjukan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem.
Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 16:
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan
setiap permohonan perlu sah dan hantar. Oleh yang demikian, setiap
pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.
SOALAN 17:
Mengapakah pemohon ditawarkan ke program / IPTA yang bukan dalam
pilihan semasa mengemukakan permohonan?
JAWAPAN 17:
Pemohon telah bersetuju pada ruangan pernyataan khas untuk menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).
SOALAN 18:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian
yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program
pengajian tersebut?
JAWAPAN 18:
Bergantung kepada kekosongan tempat dan adalah dinasihatkan memohon
program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program-program kemahiran kerana peluang untuk
belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga
adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan
Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.
SOALAN 19:
Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi gagal
mendapat tawaran tempat di IPTA seperti program pengajian
perubatan/pergigian/farmasi dan sekiranya pemohon menolak tawaran
ke IPTA, adakah pemohon boleh mengemukakan e-rayuan?
JAWAPAN 19:
Tempat adalah terhad terutamanya bagi program perubatan/pergigian/farmasi
yang sangat kompetitif dan pencapaian pemohon dengan markah merit yang
lebih tinggi akan mendapat tawaran dahulu. Perlu diingatkan hanya pemohon
yang tidak mendapat sebarang tawaran sahaja boleh membuat permohonan
rayuan dan tawaran bagi permohonan rayuan adalah terhad bertujuan
mengisi kekosongan tempat sedia ada.
SOALAN 20:
Pemohon mengalami masalah kesihatan. Adakah pemohon layak untuk
membuat pertukaran ke IPTA lain?
JAWAPAN 20:
Pertukaran ke IPTA lain adalah atas budi bicara IPTA yang dimohon dan
berdasarkan tahap kesihatan atau jenis penyakit beserta dengan laporan
yang dikemukakan oleh doktor kerajaan pakar pesakit. Pemohon juga perlu
mengemukakan surat permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan
termasuk surat pegesahan untuk pertimbangan pemohonan tersebut.
sumber
0 Response to "Soalan Lazim FAQ Permohonan UPU 2015/ 2016"
Post a Comment