Statistik Tanah Rizab Melayu Di Johor


Statistik tanah Rizab Melayu di Johor. Berikut status daripada FB MB Johor mengenai isu tanah rizab Melayu di Johor dan Malaysia amnya.Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, banyak disebut berkenaan Tanah Rizab Melayu termasuk daripada Presiden Parti, Ketua Wanita dan Pemuda supaya tanah rizab melayu dipertahankan.Johor menyambut baik saranan tersebut dan mempertahankan Tanah Rizab Melayu menjadi agenda utama saya selagi saya menjadi Menteri Besar Johor. Kita juga telah menggariskan beberapa langkah drastik bertindak memenuhi suara hati Johor.Inisiatif Kerajaan Negeri bagi mempertahan dan mempertingkatkan lagi Tanah Rezab Melayu di Johor untuk tahun 2015


1. Johor Corporation akan mengambil alih tanah seluas 382 ekar di Kem Tebrau bagi tujuan membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan Bumiputera.


2. Kerajaan Negeri tidak menyambung pajakan tanah seluas 196 ekar di Taman Perindustrian Larkin bagi mewartakannya sebagai Tanah Rezab Melayu untuk tujuan menyeimbangkan jumlah orang Melayu di kawasan bandar.


3. Menukarkan status kesemua tanah peneroka FELDA seluas 145,970 hektar dan tanah FELCRA kepada Rizab Melayu


4. Mewujudkan Inventori Maklumat Tanah-tanah Rizab Melayu


5. Maklumat tanah-tanah rizab Melayu dilaporkan setiap 6 bulan


6. hakmilik tanah rizab yang dikurniakan disyaratkan didaftar serentak dengan kaveat Pendaftar satu halangan sekiranya ada percubaan untuk menjual tanah-tanah kurniaan ini kepada pihak yang bukan Melayu.


7. perampasan tanah yang didapati telah bertukar pemiliknya kepada bukan Melayu sama ada melalui pertukaran pegangan saham atau pengambil alihan syarikat.


8. RM 20 juta menyelamatkan tanah-tanah pertanian yang dimiliki oleh Orang Melayu supaya tidak terjual & akan diusahakan koperasi dan usahawan bumiputera.


9. Setiap penambakan membolehkan Kerajaan Negeri menambah tanah rizab melayuBerikut adalah statistik tanah Rizab Melayu di Negeri Johor dari tahun 1957 Kemerdekaan hingga September 2014. Statistik membuktikan banyak peningkatan dan penambahan tanah rizab Melayu ini dan bukannya berkurangan.


Statistik Tanah Rizab Melayu Di Johor



 


sumber

0 Response to "Statistik Tanah Rizab Melayu Di Johor"

Post a Comment