29 Warga Melayu Islam Ditahan Di Pesta Seks Liar Dan Dadah

KLANG, – Pihak polis telah menahan 29 orang pada hari Ahad, 11 Januari 2015 yang lalu di sebuah bilik hotel di sini selepas menerima aduan tentang bunyi bising yang terlalu kuat.



Apabila tiba di tempat kejadian, mereka mendapati bahawa satu parti seks liar sedang diadakan sebagai sambutan hari jadi. Jurucakap pasukan polis berkata bahawa semua 29 pesalah yang ditahan adalah berbangsa Melayu dan telah membawa gadis, dadah dan arak untuk meraikan majlis hari jadi itu.


13 daripada mereka yang berusia antara 20 hingga 31 tahun kini telah didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki dadah juga memiliki 5 liter jus ketum.


Antara yang didakwa adalah Nurul Amyra Yemsi, 25, Nur Amaliena Shahrul, 20, Nur Amielda Ilyna Hanip, 20, Azlina Mat Hassan, 22, Zahrotul Jannah Victor, 20, Nur Mohammad Raihan Abdullah Sani, 25, Nor Ariffin Jailani, 31, Mohd Zul’arfi Ellias, 22, Abdul Halim Meor, 29, Muhammad Hanief Jaafar, 28, Muhammad Zhafran Abdul Malik, 24, Mohammad Khaibun Naim Zubair, 23, dan Muhammad Fikree Kaharuddin.


Hakim Majistret Maria Maran Abdullah telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM6000 untuk tiga pertuduhan yang pertama dan RM2000 untuk tuduhan yang keempat.



Sumber

0 Response to "29 Warga Melayu Islam Ditahan Di Pesta Seks Liar Dan Dadah"

Post a Comment