Gambar Hiasan
Apa yang penulis harapkan, perkara sebegini tidak
akan berlaku di negara ini. Semoga dengan apa yang berlaku dapat dijadikan
iktibar keapada setesen radio di Malaysia. Nak gurau biarlah berpada-pada dan
jangan sampai melampaui batas.
London: Seorang jururawat yang ditipu dua deejay
(DJ) Australia dengan panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai
kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward VII,
ditemui mati semalam, dipercayai membunuh diri.
Laman web Skynews.com melaporkan, Jacintha Saldanha
yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di
kediamannya berhampiran hospital berkenaan.
“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita
yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi
waktu tempatan.
“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu
disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang
mencurigakan,” kata jurucakap Scotland Yard yang dipetik laman web
itu.
Dua deejay stesen radio 2DayFM, Michael Christian
dan Mel Greig menghubungi hospital berkenaan jam 5.30 pagi Selasa
lalu.
Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth, meminta
untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke
wad Kate menerima rawatan.
Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan
yang sering menjadi pilihan keluarga diraja.
Greig dan Christian menerima kecaman hebat di
Twitter, manakala pelbagai pihak menggesa mereka meletak
jawatan.
0 Response to "ANGKARA PANGGILAN HANGIT DJ, SEORANG JURURAWAT BUNUH DIRI"
Post a Comment