Bayi Melecur Seluruh Badan Akibat Disambar Api

Tersentuh hati melihat gambar bayi dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Universiti Sains Malaysia. Ujian yang hebat buat si kecil dan keluarganya.


Menurut laporan sebuah laman portal, rumah keluarga bayi ini yang terletak di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan hangus terbakar. Turut terkorban dalam kebakaran itu adalah kembar bayi ini.

Kebakaran berpunca dari api lilin yang dibakar oleh si ibu akibat tiada bekalan elektrik kerana bencana banjir yang berlaku di sana.

Gambar Bayi Melecur Seluruh Badan Akibat Disambar Api yang mula tersebar secara viral di laman sosial membuatkan ramai menitiskan airmata, bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi ini sekeluarga.

Sama-sama kita doakan agar keluarga bayi ini tabah menghadapi ujian ini dan semoga bayi kecil ini dipanjangkan umur dan sembuh seperti sediakala.

0 Response to "Bayi Melecur Seluruh Badan Akibat Disambar Api"

Post a Comment