Nurul Izzah Sah Bercerai Talak Satu








NURUL dan bekas suaminya ditemui di luar mahkamah. FOTO Nor Azura Abd Jalil
Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tadi.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mensabitkan jatuh talak satu selepas Raja Ahmad Shahrir, 36, melafazkan cerai terhadap Nurul Izzah, 35, pada 4.17 petang.

Lafaz itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak-pihak yang bersetuju untuk menyelesaikan kes cerai secara bersama.

Selain itu, mahkamah turut merekodkan persetujuan bersama antara Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berhubung hak penjagaan anak mereka (hadanah).

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 8, dan Raja Ahmad Harith, 5. -HMetro

0 Response to "Nurul Izzah Sah Bercerai Talak Satu"

Post a Comment