
Terharu,
itulah dirasai Amelina, 41, apabila ramai peminat masih mengenali dan
menyerbunya apabila menjayakan persembahan dianjurkan Negeri FM, di Negeri
Sembilan, baru-baru ini.
Ada
antara mereka datang memeluk, menggoncang tubuhnya dan bertanya sambil menangis
mengapa dia menghilangkan secara tiba-tiba dari industri muzik tempatan.
Amelina
atau Norazlina Amir Sharipuddin berkata, tidak sangka sampai begitu sekali
reaksi peminat apabila dapat bersemuka dengannya sewaktu menjayakan persembahan
itu.
Katanya,
mereka terkilan apabila dia meninggalkan industri tiba-tiba dan kini muncul
kembali. Amelina yang pernah digelar Ratu Dangdut mula jadi tumpuan apabila
muncul sebagai artis undangan Gegar Vaganza dan baru-baru ini di Anugerah Juara
Lagu ke-29 (AJL29).
Sebagai
penyanyi, Amelina tidak sangka peminat masih terus menyokongnya walaupun
pelbagai dakwaan negatif diterima menyebabkan dia ragu-ragu untuk kembali
aktif.
"Situasi
itu menunjukkan betapa besarnya impak apabila saya membuat keputusan
meninggalkan dunia nyanyian. Seorang peminat wanita datang memeluk erat sambil
menangis. Dia bertanya mengapa saya meninggalkan dia dan industri muzik.
"Suami
seorang peminat memberitahu, dia terpaksa membawa keluarga datang menyaksikan
persembahan saya kerana isterinya meminati saya sejak usia 14 tahun dan dia
sekarang berusia 30-an," katanya.
Amelina
terharu kerana situasi itu membuatkan dia kaget, terharu dan sama-sama menangis.
Malah mereka saling memujuk agar situasi kembali tenang.
"Itu
belum lagi situasi peminat memuat naik di Instagram saya menangis dan meminta
saya tidak lagi meninggalkan mereka.
"Apabila
melihat situasi itu, saya seperti menyesal membuat keputusan berhenti menyanyi.
Saya ingatkan apabila selepas berbelas tahun tidak muncul, orang sudah tidak
ingat rupa-rupanya tindakan saya itu meninggalkan impak besar. Tanggapan saya,
siapalah saya untuk orang sayang," katanya.
Menurutnya,
sebelum ini banyak dakwaan daripada mereka yang membencinya mengatakan dia
sudah berusia dan dangdut sudah tidak laku.
Ibu
enam anak itu mengakui kenyataan negatif itu membuatkan dia mempersoalkan sama
ada keputusan itu tepat dan betul.
"Apabila
ada peminat menangis dan memeluk saya dan menyatakan rasa rindu mereka kepada
bakat saya, membuatkan saya bersyukur.
"Reaksi
ditunjukkan itu membuatkan saya terus bersemangat. Lebih-lebih lagi ramai
peminat menyatakan mereka akan sentiasa mendoakan kejayaan saya dan perkara itu
membuatkan saya rasa terharu kerana siapalah saya orang hendak doakan sampai
begitu.
"Rupanya
ramai lagi yang sayangkan saya dan saya tidak akan sia-siakan peluang kedua
ini,"katanya.
Berkongsi
serba-sedikit mengenai perancangan kerjayanya, kata Amelina single pertamanya
kini dalam proses dan pelancarannya akan diadakan bersama deÂngan
pengumumannya sebagai duta salah satu produk kesihatan dan kecantikan.
"Sebaik
saja pengumuman dan pelanÂcaran single terbaru itu dibuat, dalam waktu sama
saya akan terus masuk studio menjalani rakaman single kedua. Bersama dengan
syarikat rakaman Wake The Baby milik Ajai, saya akan muncul dengan album mini,"
kataÂnya.
Metro
Online
0 Response to "Peminat Peluk Erat Amelina Sambil Menangis"
Post a Comment