SKANDAL TV3: MEREKA SEDIA TERIMA KERAJAAN BARU

Mahu atau tidak, itu yang diperkatakan dikalangan rakyat yang suka bersembang dikedai kopi. Memang itu yang sedang difikirkan oleh mereka yang anggap diri sendiri ‘Pakar’.



Kesimpulan mudah itu dibuat apabila mereka rancak bersembang dikedai mamak mengenai isu – isu semasa sewaktu menghabiskan waktu selepas solat berjemaah di masjid dan juga surau.


Ianya muncul apabila satu status yang dimuat-naikkan oleh Si Saiful Bukhari sebelum ini berhubung isu yang diberi ‘Penekanan’ oleh pihak TV3 penyokong PR.



“Maklum la. TV3 tu kan tv swasta. Dah tentu – tentu mereka mencari perkara yang hanya akan menguntungkan mereka. Pendedahan sedemikian menarik perhatian”.


“Nak pulak apabila ianya berkaitan dengan pemimpin yang mempunyai profail tinggi seperti Tun Daim. Dah tentu diorang akan buru cerita tu sampai kelubang cacing”.


“Lagi pun, sekarang ni mungkin TV3 dah dapat melihat kepincangan didalam Kerajaan pimpinan Datuk Najib. Jadi, diorang tengah bersiap sedia nak terima Kerajaan baru”.


Dari satu sudut, pandangan yang mereka berikan tu memang logik akal berdasarkan kepada fakta, TV3 sebuah saluran tv swasta. Maka tak pelik kalau diorang cari ‘dahan baru’ untuk berpaut.


Nak pulak bila diorang tengok dahan sedia ada pada ketika ini semakin hari semakin rapuh. Jadi, diorang ambik langkah untuk mula bergantung kepada dahan baru yang dianggap kukuh.


Tapi, dari satu sudut, pandangan yang diberikan tu hanya sekadar pandangan dikalangan rakyat diperingkat bawahan. Jadi, ianya tidak ada sebarang signifikan dalam dunia realiti sebenar.
Nak pulak bila diorang tengok dahan sedia ada pada ketika ini semakin hari semakin rapuh. Jadi, diorang ambik langkah untuk mula bergantung kepada dahan baru yang dianggap kukuh.


Tapi, dari satu sudut, pandangan yang diberikan tu hanya sekadar pandangan dikalangan rakyat diperingkat bawahan. Jadi, ianya tidak ada sebarang signifikan dalam dunia realiti sebenar.


Seperti mana yang kita sendiri sedia maklum. Dunia hari ini banyak berkitar pada persepsi yang dicetuskan melalui status di media sosial. Malah, media arus perdana pun turut terlibat sekali.


Tambahan pulak, TV3 sejak kebelakangan ni memang dilihat banyak sangat memberikan ruang dan peluang kepada penyokong Pakatan tu muncul dikaca televisyen dengan dakwaan yang dibawa.


Soalnya, adakah dakwaan yang dibuat oleh Pakatan tu mempunyai nilai berita? Atau adakah ia hanya sekadar mampu untuk menarik nilai komersial semata – mata?


Kesimpulannya, pihak TV3 sendiri perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut dan memperbaiki persepsi yang pada ketika ini sedang hangat diperkatakan oleh rakyat diperingkat bawahan.


Mereka perlu menjelaskan, kenapa diorang beria – ia sangat nak serang Tun Daim dan memaparkan dakwaan – dakwaan yang dibuat oleh penyokong Pakatan itu? Itu pun kalau mereka masih mahu dianggap relevan. Kalau tidak, lupakan saja.


sumber: SEMUTHITAM

0 Response to "SKANDAL TV3: MEREKA SEDIA TERIMA KERAJAAN BARU"

Post a Comment