TG Nik Aziz Hidap Kanser Prostat, Perlu Rawatan Rapi



BEKAS Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan menghidap kanser prostat sejak sekian lama, namun penyakit tersebut mampu dikawal oleh pakar.

Perkara itu didedahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan.

Tambahnya setakat ini, bapanya menunjukkan reaksi positif dan stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Memetik kenyataannya dalam portal The Rakyat Post, “Bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

“Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh doktor telah berjaya mengawalnya.

“Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.”

Dalam kenyataan sama Nik Abduh berkata, individu yang ingin melawat bapanya perlu mengikut prosedur yang telah ditentukan pihak hospital dan dipersetujui oleh ahli keluarga.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Nik Aziz. -MYNEWSHUB.CC







0 Response to "TG Nik Aziz Hidap Kanser Prostat, Perlu Rawatan Rapi"

Post a Comment