Tunai Haji, Umrah Tidak Halang Saya Untuk Lakon Adegan Panas, Ranjang - Adi Putra

type='html'>


Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah. Adi berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.

“Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

“Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,” ujarnya.

Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu. Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.

“Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.

“Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja,” ujarnya.








Sumber

0 Response to "Tunai Haji, Umrah Tidak Halang Saya Untuk Lakon Adegan Panas, Ranjang - Adi Putra"

Post a Comment