Menurut menterinya, Datuk Seri Rohani
Karim, keadaan Muhammad Firdaus semakin baik dengan peningkatan berat badannya
kepada 17.3 kilogram (kg)
Dia akan diletak dalam institusi kami.
Dia akan beraya dengan kamilah," katanya pada sidang media di sini, hari
ini.
Dalam pada itu, beliau juga turut
mengalukan ibu dan waris-waris Firdaus yang lain untuk datang
menziarah, kami alu-alukan
ibunya datang melawat dan juga waris-waris lain.
Supaya Firdaus merasa gembira melihat
ramai keluarga datang menziarah,katanya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan
menempatkan Firdaus di institusi kanak-kanak JKM melalui perintah sementara
daripada mahkamah sebaik dia sihat dan pulih serta dibenarkan keluar Hospital
Tuanku Jaafar Seremban
(HTJS).

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, bulan lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Sumber


0 Response to "Wajah Terkini Adik Muhammad Firdaus Dullah Sudah Gemuk Dan Tembam!"
Post a Comment