Biar Betul! Tesco Ada Jual Daun Ketum ?


MENGEJUTKAN! Pastinya ramai tertanya-tanya betul ke pasar raya terkemuka Tesco menjual daun ketum?

Mana taknya, tumbuhan tersebut diketahui ramai dilarang pengambilannya kerana sering digunakan untuk tujuan khayal.

Malah pada awal September 2014, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan bahawa penyalahgunaan daun ketum bakal diwartakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Secara logiknya, kalau benarlah Tesco menjual tumbuhan tersebut kepada pengguna maka mereka telah mencabuli undang-undang dan perlu dikenakan tindakan!

Ops, nanti dulu…sebenarnya pasar raya tersebut tidak melakukan penjualan daun ketum.

Gambar yang disebarkan hanya salah faham sahaja.




‘Daun ketum’ berharga RM1.01 dalam resit di atas, sebenarnya singkatan daripada ‘daun ketumbar’.

Oleh kerana ruang yang disediakan untuk ejaan nama item terhad, maka perkataan ‘ketumbar’ terpaksa dipendekkan menjadi ‘ketum’ sahaja.

Fuh, ingatkan betul-betul…

Pengajarannya, pihak peniaga harus memastikan ejaan yang tertera di resit dikeluarkan syarikat mereka dieja dengan betul kerana silap hari bulan, pemiliknya bukan saja terpaksa menanggung kerugian diboikot malah lebih parah lagi mungkin ditahan untuk siasatan!




LIKE JIKA SUKA



                                            


 


Sumber

0 Response to "Biar Betul! Tesco Ada Jual Daun Ketum ?"

Post a Comment