Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA, kereta peronda
lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di
jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Di India, negeri Andhra
Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke
sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili
mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Anda juga boleh mencuba
kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam
satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa
48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas :
Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian
‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang
berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis!
Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan
kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil
yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan
kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja
setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru
yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti
longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan
kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama
sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian
bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda
berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah
guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!

Fakta
Bahan aktif Coke adalah
phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam
masa 4 hari.
Asid tersebut juga
menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan
punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang
membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam
botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan
Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran
lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua
sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke
telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20
tahun.
Kandungan gulanya 18 sudu
cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah
dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.
Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang
diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman
ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,
F&N dll.
Coke membawa maksud dadah
Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan
mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi
kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang
jadinya perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi
yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam
satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.
Jadi, sambil-sambil kita
minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka
nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat
bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah.
Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut
dengan fakta yang menarik ini?
sumber: billyinfo.blogspot.com
0 Response to "Ini Kegunaan COKE Yang Ramai Tidak Tahu!"
Post a Comment