Maut Masukkan Papip Dadah Dalam Kemaluan




Florida: Seorang wanita yang ditahan atas tuduhan dadah mati seminggu selepas dibawa ke hospital untuk mengeluarkan paip menghisap dadah dari kemaluannya.



April Rollison, 31, ditahan 16 Disember lalu bersama-sama tiga yang lain.



Pegawai yang menjalankan pemeriksaan tubuh di Penjara Polk County mengesan paip kaca dan botol pil di dalam kemaluannya, menyebabkan dia dihantar ke Pusat Perubatan Bartow untuk mengeluarkan objek itu dari tubuhnya.



Doktor di hospital itu percaya April mengeluarkan botol berisi dadah dan memakan dadah itu ketika dia seorang diri di dalam tandas.



Seorang jururawat kemudian mengeluarkan paip kaca itu dari kemaluannya sebelum dia dihantar semula ke penjara.



Bagaimanapun, ketika keterangannya diambil, wanita itu mengalami kekejangan dan dihantar semula ke hospital.



Menurut laporan akhbar The Ledger of Lakeland, April berada dalam keadaan kritikal selama seminggu sehingga dia mati pagi Isnin lalu.



Mayatnya akan dibedah siasat untuk menentukan punca kematian.



Menurut akhbar itu, ujian yang dilakukan sebelum ini mendapati dia positif methamphetamine, amphetamine, kokain dan ganja.



Anggota keluarganya memberitahu penyiasat, April menagih dadah sejak berusia 12 tahun dan mereka terputus hubungan dengannya sejak dua tahun lalu.



Rekod penjara menunjukkan wanita itu berulang kali ditahan atas kesalahan dadah

Sumber

Related Posts :

0 Response to "Maut Masukkan Papip Dadah Dalam Kemaluan"

Post a Comment