Wanita Koyak Rabak Kerandut Alat Sulit Kekasih Dipenjara 2 Tahun



Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh mahkamah kerana disabit kesalahan menyerang bekas kekasihnya pada Mac 2012.

Christina Lorena Reber, 46 dari Indiana, Amerika Syarikat itu bertindak mengoyakkan kerandut zakar lelaki yang berusia 60 tahun di kediamannya dengan menggunakan tangannya, lapor Mail Online.

Dia bertindak demikian selepas mangsa mahu berpisah dengannya beberapa hari sebelum kejadian.


Menurut laporan polis, wanita itu telah memecah masuk rumah lelaki itu dan memulasnya sekuat hati sehingga menyebabkan mangsa merasa sakit yang tidak terhingga.

Ketika dalam pergelukan itu, kedua-duanya terjatuh dan pada situasi mangsa berpeluang melepaskan diri.

Mangsa kemudiannya ke hospital untuk pembedahan bagi memulihkan semula bahagian zakar yang cedera teruk akibat daripada serangan itu.

Mangsa dilaporkan masih mengalami kesakitan akibat tindakan wanita itu.



LIKE JIKA SUKA


                                                                  


Sumber

0 Response to "Wanita Koyak Rabak Kerandut Alat Sulit Kekasih Dipenjara 2 Tahun"

Post a Comment