Yatt Hamzah Fail Perceraian




Usaha mendapatkan kenyataan Yatt Hamzah sejak semalam mengenai laporan bahawa beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor berjaya diperolehi sebentar tadi.



Malah beberapa minit sebelum itu, beliau sempat memuat naik gambar di laman Instagram menjelaskan dirinya dan suami akan ke Syria petang ini bagi menjayakan misi kemanusiaan di sana.



Jelas bagai ada sinar di sebalik yang dilaporkan semalam atau ia sekadar menyedapkan mata sahaja. ikuti komen Yatt kepada BH Online.



"Saya minta semua doakan saya yang terbaik untuk dunia akhirat dan keluargaku. Doa itu senjata mukmin. Saya perlukan kekuatan doa sahaja daripada semua.



"Dan tunggulah masa yang sesuai untuk diumumkan. Sekarang semua masih tak pasti. Tak ada jawapan pun di sebalik pertanyaan semua. Tak ada apa yang boleh diberitahu.



"Yang pasti tuhan maha tahu apa yang manusia tak tahu," katanya.



Semalam berita membabitkan rumah tangga Yatt dan suaminya mengejutkan ramai pihak apabila perceraian itu difailkan beliau sendiri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Mereka berkahwin pada 29 mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber

Related Posts :

0 Response to "Yatt Hamzah Fail Perceraian"

Post a Comment