Tahukah Anda Tentang Sejarah Internet Ini ?

Network adalah sekumpulan peranti komunikasi yang disambungkan seperti komputer dan printer. Internet pula adalah dua atau lebih rangkaian yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain.

Ianya adalah gabungan lebih daripada beribu-ribu rangkaian yang bersambung. Internet merupakan sebuah sistem yang terurus dan berstruktur.

Sejarah Ringkas Internet

Pada pertengahan tahun 1960-an, komputer kerangka utama dalam organisasi kajian merupakan sebuah peranti stand-alone.

Komputer daripada pengeluar yang berbeza tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Advanced Research Projects Agency ( ARPA ) dalam Defense of Department (DoD), berminat dalam mencari jalan untuk menghubungkan komputer supaya para pengkaji yang dibiyai dapat berkongsi hasil kajian mereka.

Dan dengan itu akan mengurangkan kos dan menghapuskan pertindihan usaha.


Dalam tahun 1967 di mesyuarat Association for Computing Machiney (ACM), ARPA membentangkan idea ARPANET iaitu rangkaian kecil bagi komputer yang bersambungan.

Idea tersebut menyatakan bahawa setiap host komputer (tidak semestinya dari pengeluar yang sama) boleh disambungkan kepada komputer yang dikhaskan dipanggil Interface Message Processor (IMP).

IMP akan disambungkan di antara satu sama lain. Setiap IMP boleh boleh berkomunikasi dengan IMP yang lain dan juga host yang disambungkan kepadanya.

Pada tahun 1969, ARPANET telah dilaksanakan. 4 nod iaitu University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford Research Institute (SRI) dan University Utah disambungkan melalui IMP untuk membentuk rangkaian.

Perisian yang dipanggil Network Control Protocol (NCP) menyediakan komunikasi di antara host.


Dalam tahun 1972, Vint Cerf dan Bob Kahn daripada kumpulan ARPANET bergabung dalam Internetting Project.

Penemuan mereka menyatakan bahawa protokol digunakan untuk mencapai penghantaran paket end-to-end iaitu Transmission Control Protocol (TCP) termasuklah konsep seperti encapsulation, datagram dan fungsi gateway.

Kemudian TCP dipecahkan kepada 2 protokol iaitu Transmission Control Protocol (TCP) dan Internetworking Protocol (IP).

TCP digunakan bagi fungsi lapisan atas seperti segmentasi, reassembly dan pengesanan ralat manakala IP pula akan menguruskan segala hal penghalaan datagram.

Sekian antara sejarah ringkas Internet.

0 Response to "Tahukah Anda Tentang Sejarah Internet Ini ?"

Post a Comment